Selamat Datang..Jangan Segan-segan Ye..Jom Follow..

Sabtu, 29 Januari 2011

ERTI SEBUAH PERKAHWINAN


Kadang-kadang tu..aku tak faham dengan masalah rumahtangga orang dan cara mereka menyelesaikannya.  Aku cuma ingin menyuarakan pendapat aku dan apa yang aku rasa……
Bila kita memasuki alam perkahwinan…apa yang semua orang impikan adalah kebahgiaan sepanjang hayat..tapi dunia hari ini..aku cuma nampak orang mengimpikannya sahaja tapi tidak pernah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.
Ramai orang selalu mengeluh tentang pasangan mereka masing-masing tidak kira lelaki atau perempuan.  Mengeluh tentang kekurangan orang lain…tapi diri sendiri…adakah kita sudah cukup sempurna.  Pasti anda akan menjawab tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni.  Jadi…kenapa kita tak boleh terima kekurangan yang ada pada pasangan kita.  Kenapa kita perlu mengeluh sedangkan kita boleh memperbaikinya dengan sedikit usaha.
Ramai wanita yang mengeluh apabila suami mereka mula mencari yang lain…dan bila perkara itu terjadi, semua kabaikan suami selama bertahun-tahun bersama lenyap serta-merta…yang ada hanya keburukan dan kekurangan.  Pernah tak kita tanya pada diri kita sendiri tentang keburukan dan kekurangan kita sampaikan suami kita terfikir untuk cari yang lain…jawapan yang biasa kita dengar…”saya dah buat yang terbaik”…”saya dah buat yang termampu”.  Pernah ke kita berusaha habis-habisan untuk buat yang lebih baik dari yang terbaik.
Bagi aku..untuk mencapai sebuah kebahgiaan yang kekal abadi itu adalah perkara yang amat susah…yang memerlukan banyak usaha dan pengorbanan.  Kebahgiaan yang mudah didapati adalah kebahgiaan sementara yang tak perlukan apa-apa…ia datang dan pergi sesuka hati.
Jadi tepuk dada tanya selera.  Cukup ke usaha kita?…cukup ke perngorbanan kita? Kalau kita rasa dah cukup tapi kita masih tidak dapat kebahgiaan itu…besar kemungkinan tanggapan kita salah.  Kalau berlaku perkara yang buruk dalam kehidupan kita termasuk dalam rumahtangga kita…jangan cari kesilapan itu daripada orang lain atau dari takdir…tapi muhasabah la diri kita..renung dalam-dalam..fikir masak-masak..kenapa perkara itu terjadi pada kita bukan pada orang lain.
Kalau kita rasa susah..ada orang lain yang lebih susah.  Kalau kita rasa menderita..ada orang lain yang lebih menderita.  Bersyukurlah kita atas apa yang ada.  Kalau kita ada masalah…mintalah pertolongan daripada Allah S.W.T.  Kawan tak dapat membantu..rokok tak dapat membantu..arak tak dapat membantu..dadah tak dapat membantu..memberontak pun tak akan membantu.  Hanya Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.
Untuk hidup..kita kena sentiasa bersyukur..muhasabah diri.  Apa sahaja peristiwa yang berlaku pada kita..datang dari kita.  Samada kita terlalu baik sehingga Allah meguji kita atau sebaliknya.
Jadi bila kita menyayangi seseorang..sayangilah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah..kalau kita bersabar..sabarlah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah.  Semuanya perlukan keikhlasan..ikhlas semata-mata kerana Allah.
Dan akhirnya kita akan dapat rasakan erti sebuah perkahwinan yang sebenar………..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Template designed using TrixTG